Sunday

CERPEN : Pelik

     Biasa nya malam sabtu macam ini , kawan – kawan bilik aku tiada . Maklum lah rumah dekat ,semua nak balik tapi aku ? Hmm duduk lah kt kolej ini . Tapi tak apa , aku dah biasa . Dah tahun kedua aku kat sini , macam ini lah rutin aku . So , aku dah tak takut apa pun

     ‘Tok ! Tok ! Tok !’

Haa tu tak lain tak bukan si Aufa lah tu , budak depan bilik aku ini. Dia memang suka lepak bilik aku.

“Haa kau nak apa malam – malam macam ini? Aku nak tidur dah”

“Weh ! baru pukul 11 , nak tidur apa nya” Aufa memang macam itu . Bagi nya pukul 11 macam pukul 8.

“kau ni kan macam tak biasa je kan”

“Aku nak tidur dengan kau malam ni , boleh tak ?” Pertanyaan Aufa membuat kan Aina sedikit pelik. Tak pernah dia nak tidur dengan Aina , tiba –tiba malam ini dia nak tidur sama.

“Wehh .. aku tanya ini . Tak bagi tak apa lah”  Aufa sudah melangkah untuk keluar dari bilik Aina

“Heyy .. tidur je lah tapi kenapa kau tiba-tiba nak tidur dengan aku ini?”

“Nisa tak ada kat bilik lah. Dia keluar . Aku bosan sorang kat bilik tu yang nak tidur dengan kau”

“Haa okay lah kalau macam itu . Aku nak tidur dah ni. Tutup lampu tu”
Aina tak fikir apa . Dia terus baring dan tidur .

****
  Aina terjaga dari tidur selepas dengar bunyi alarm. Dia melihat jam sudah pukul 6. Bergegas dia bangun. Dia lihat katil sebelah kosong .

‘Eh mana si Aufa ini . Tak kan dah balik bilik’  Pelik ! Awal sangat balik bilik
‘Nak solat lah tu kot’

Aina terus capai tuala dan berjalan ke bilik air .

Selesai subuh . Aina bersiap ,untuk keluar jogging . Tu perkara biasa yang akan dia lakukan pada pagi ahad . Dia bercadang hendak ajak Aufa teman . Dia rasa bosan pulak sorang – sorang pergi jogging.

“Assalamualaikum . Aufa oh Aufa” Dah masuk dua kali dia bagi salam . Tak buka pintu pun Si Aufa ini.

Baru saja dia nak jerit lagi sekali …

“ Haa kau Aina , kenapa ini?”

“Lama betul kau nak buka pintu kan”

“Hehehe sorry . Aku nak sambung tidur tadi”

“Dah lah balik tak kejut aku .Main balik je kan kau” Aina dah mula berleter . Mana tak nya ,bangun macam itu je terus balik bilik.

“Haa ? Balik tak kejut apa nya kau ini . Merepek ap kau pagi- pagi ini” Aufa dah buat muka pelik.
Eh ! Asal Aufa cakap macam tu

Tiba-tiba Aina rasa lain macam..

“Malam tadi kau ada datang bilik aku tak ?”

“Tak ada pun weh . Aku memang rancang tapi tak pergi pun”

“Nisa ada kat dalam ?” Lagi sekali pertanyaan Aina buat kan Aufa pelik.

“Ada tu kat dalam . Dia sambung tidur lepas solat tadi”

Muka Aina sudah berubah . Debaran semakin kuat . Apa semua ini?
“Hmm tak apa lah . Kau nak ikut aku jogging tak ?

“Nak ! Kau tunggu aku sekejap” Aufa segera masuk kedalam bilik nya semula.

Aufa masih diluar dan memikirkan apa yang berlaku sebenarnya pada diri dia malam tadi. Selama dua tahun dia duduk di situ , dia tak pernah kena macam ini . Kenapa malam tadi dia kena?
“Ainaaa ! Jom . Termenung apa lagi ?” Aufa sudah siap dengan pakaian sukan .

“ Okay jom”

***

Isnin macam ini , biasa lah kelas mesti full . Penat gila !
Aina ,Aufa , Fiza satu kelas. Jadi kemana sahaja mereka pergi pasti bersama . Fiza adalah roommate kepada Aina.

“Korang .. apa kata hari ini kita makan dekat café satu lagi . Dah lama aku tak makan nasi ayam bakar kat situ”
Dulu tempat itu adalah kegemaran mereka terutama Fiza . Dia suka sangat makan nasi ayam bakar dekat situ tapi sejak masuk tahun kedua ini , kami jarang ke café situ sebab jauh sedikit dengan fakulti kitaorang .

“Memandangkan kelas habis awal hari ini so kita ada masa banyak lagi . Boleh jugak kalau nak makan kat situ” Aina mengiakan sahaja . Dia tak kisah pun asalkan kenyang .

“ Okay jom !”

Dalam pada tengah jalan menuju ke café , Aina terlihat seorang pakcik yang sedang melihat nya dengan padangan tajam . Dia pelik .
‘Aku ada buat salah ke? Asal pakcik ni pandang semacam’
Baru Aina hendak toleh lagi sekali , pakcik itu sudah hilang . Eh mana dia pergi . Aina tercari – cari .

“Weh Aina , kau kenapa ini? Cari apa ?” pertanyaan Aufa membuatkan Aina berhenti dari mencari.


“Hmm tak ada apa . Cepat lah jalan” Aina mempercepatkan langkah meninggalkan dua rakan nya.

Fiza dan Aufa saling berpandangan . Mereka pelik dengan sikap tiba-tiba Aina.

***

Dah dua malam dia memikirkan apa sebenarnya yang terjadi pada diri nya. Dua kejadian aneh yang berlaku pada diri nya. Kenapa tiba-tiba je semua ini berlaku sedangkan sudah dua tahun dia di sini.

‘Crashing hit the wall .Right now I need miracle’ ringtone telefon Aina berbunyi

“Assalamualaikum .. Haa ada apa kau call ini?”

“Boleh kau tanya kenapa? Kau tak ingat ke ,malam ini kita ada practice  kan”

‘Ya Allah ! Macam mana aku boleh lupa ini’

“Wehhh nasib baik kau call . Aku baru teringat . Lupa gilaaaa”  Nasib lah ada Amirul yang tolong ingatkan . Aih apa lah .

Aina terlibat dengan drama . Dia memegang jawatan sebagai penolong pengarah. Amirul pula sebagai pengarah. Mereka berdua ada lah classmate.

“ So kau nak aku ambik kau tak?” Amirul memang macam itu . Kalau ada latihan drama dia lah yang tolong hantar dan ambik Aina.

“Hmm nak . Aku nak siap ni . Nanti dah sampai kau call aku”

“ Okay “

Aina terus bersiap . Fiza dan Aufa tidak terlibat dengan drama kerana mereka tidak minat.

Sepuluh minit kemudian , Amirul telefon dan memberitahu yang dia sudah pun sampai. Aina dengan segera turun ke bawah.

“Sorry weh lambat !” Aina meminta maaf . Walaupun dia tau ,sudah banyak kali dia macam ini.

“Ala kau macam tak biasa. Memang selalu kau macam ini kan”

“Hehehe sorry tau”

“No problem”

Dalam perjalanan ke fakulti . Aina seperti nampak seseorang di tepi jalan . Muka nya tidak kelihatan sangat sebab gelap . Dia ingin beritahu pada Amirul tapi tak tercakap. Selepas melepasi orang itu Aina melihat dari cermin sisi kereta dan apa yang dia nampak adalah pakcik hari itu . Pandangan yang sama seperti hari tu. Aina dengan cepat memandang kedepan.

Mulutnya terkumat kamit membaca ayat kursi . Tangan nya sudah mula sejuk.

“Dah jom turun” dah sampai rupa nya . Dalam dia takut itu ,dia tak perasan dah sampai.
Aina keluar dari kereta dan senyap sahaja . Tanpa sepatah kata pun. Amirul pelik. Selalu nya Aina banyak cakap ni diam pulak .

“Aina , kau okay tak ni ?”

“Haa okay je . Aku tak ada ap pun” Aina senyum untuk menyakinkan yang dia tak apa- apa.

“ Kalau tak ada apa bagus lah !”

Dalam pada mereka sedang sibuk sesama mereka . Bising sana sini. Ada yang menghafal . Ada yang menghayati watak masing-masing . Aina tiba-tiba merasakan seperti ada yang memerhati tapi bila lihat sekelilig tak ada apa pun.

Aina sudah mula rasa seram sejuk . Seperti mahu demam tapi dia cuba gagah kan diri untuk teruskan latihan drama ini.

“Aina , kenapa muka kau nampak pucat gila ni?” Saleha sudah lama perhatikan Aina dari sampai tadi sampai sekarang.

“Haa .. aku okay je cuma penat sikit”

“Kau rehat lah dulu . Kesian aku tengok kau ini”
Saleha memang baik. Tak kira lah siapa pun dia tetap layan sama rata.

“Aku nak pergi toilet jap” Aina minta diri untuk ke toilet . Dia ingin basuh muka .

“Alright “

Aina pergi toilet seorang diri . Pada mula nya dia ingin mengajak Saleha tapi dia banyak kerja

Dalam perjalanan ke toilet ,dia terdengar bunyi tapak kasut tapi dia cuba buat tak tau. Dia cepatkan langkah dan berharap tidak terserempak dengan apa pun.

Tapi makin laju dia jalan makin kuat bunyi itu . Pada mulanya dia tak berani nak toleh belakang tapi dia cuba .Malang nya , tiada apa pun kat belakang. Dia terus segera ke dewan
Tiba- tiba  semasa dia hendak masuk ke dewan dia ternampak pakcik yang sebelum ini. Pandangan yang sama iaitu pandangan tajam. Pakcik itu duduk di hujung penjuru dewan itu.

“Salehah kau ada nampak pakcik tu tak sebelum ini” Aina dengan segera mendapatkan Saleha dan menanyakan soalan itu

“Haa pakcik ? pakcik mana pulak ni” Saleha mengerutkan dahi nya tanda pelik dengan soalan Aina.

“Mana ada pakcik . Kau jangan nak merepek boleh tak” Salehah pelik dengan sikap Aina.

“ Pakcik  yang duduk hujung dewan ni lah. Tu haa yang dia tengah tengok kita ini” Beria Aina memberitahu pada Saleha tapi jawapan masih sama iaitu tak ada.
Aina terus terdiam.

Ahhhh . Dia serabut . Takut . Bengang .Keliru

***

Aina masih teruskan rutin harian nya ke kelas dan latihan drama . Peristiwa yang berlaku padanya masih segar di ingatan dan sampai sekarang dia tiada jalan penyelesaian terhadap apa yang berlaku. Kadang kala dia masih ternampak pakcik itu. Selain pakcik itu ,pasti dia akan merasai situasi yang pelik. Terbaru , dia ternampak kelibat kanak-kanak yang muka nya sedih dan merayau- rayau di sekitar kolej , bila dia tanya pada orang lain mereka akan berkata yang mereka tak nampak.
Sampai sekarang Aina masih tak bercerita hal sebenar yang di alami pada sesiapa. Dia rasa belum masa nya lagi .  Walaupun dia tau , rakan – rakan nya sudah mula pelik dengan perlilaku nya. Semoga suatu hari nanti dia dapat merungkaikan apa yang terjadi sebenarnya pada dirinya ini.



By: Amelia

1 comment: