Sunday

CERPEN : Pengorbanan seorang kawan

     Hujan lebat dari pagi tadi membuatkan Alisa sambung tidur hampir ke tengah hari. Lagi pun hari ini hari minggu. Tak ada aktiviti yang hendak di buat. Hari sabtu macam ini ,tiada siapa ajak dia keluar.

‘ You were the shadow to my light. Did you feel us?.Another star. You fade away ’ Lagu dari handphone milik Alisa berbunyi.

“Arghhhh siapa pulak ni . Kacau lah” Alisa mencapai telefon bimbit miliknya . Sempat dia melihat jam di dinding . Pukul 11.15 .

“Hello . Assalamualaikum” Suara pemanggil sudah kedengaran

“Walaikumusalam.. Haa ada apa ni?” Suara Alisa sedikit kasar .

“Amboi .. kemain kasar . Cakap tu elok sikit”

“Hmm .. sorry .Kau nak apa ni?”

“Haa macam tu lah . Ni aku nak ajak kau keluar . Dalam pukul 2 macam tu” Farah iaitu kawan baik nya mengajak keluar

“Hmm . Tengok lah macam mana” Aihh malas nya nak keluar .

“Alaaa . Jom lah teman aku .” Farah cuba memujuk kawan baik nya itu.

“Yelah . Aku pergi”

“heheheh thanks . Nanti aku ambik kau . Bye”

“Alright . Bye”

Sebenarnya dia malas nak keluar . Penat semalam tak habis lagi . Tapi memandangkan kesian kat farah ,nak tak nak kena lah pergi .
Alisa dengan segera mengambil tuala dan bergegas ke bilik air . Selesai mandi dia terus turun ke bawah . Hari ini ,rumah nya tiada orang . Semua keluar . Umi dan abah nya pergi ke Shah Alam ,katanya ada urusan . Adik- adik nya masing masing sibuk dengan kelas tuisyen.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 1.20 . Dia naik untuk solat zohor dan bersiap.

‘ Weh .. aku dah kat luar ni’ WhatsApp dari Farah

Alisa segera keluar dan mengunci pintu . Dia sudah pun meminta izin pada umi dan abah untuk keluar.

“Haa .. kita nak pergi mana ni?” Alisa sudah pun masuk kedalam kereta

“Kita pergi midvalley nak tak?”

“Aku okay je”

       Mereka berdua jarang bertemu walaupun rapat sebab masing – masing sibuk bekerja. Selalunya Farah lah yang rajin ajak nya keluar . Dia bukan tak nak tapi asal ajak je mesti si Farah ni busy . Tu yang dia selalu biarkan Farah yang ajak nya keluar.

***
      Dalam perjalanan , Alisa hendak ke kerja tiba –tiba dia dapat panggilan dari Farah .

“Hello Farah ,kenapa ni? Pagi lagi dah kau call”

“Alisa .. Tolong aku boleh tak ?” Suara Farah sedikit cemas

“Kenapa ni Farah . Ada apa – apa yang tak kena ke?” berdebar Alisa dengar suara cemas Farah

“Ni haa .. kereta aku buat hal pulak kat tepi jalan ni”

Lahai ingatkan apa lah ..

“Kau ni buat suspen je lah . Kau dekat area mana ni?” Alisa berhenti sebentar ke tepi.
“ Area cheras ni haa”

“Kau tunggu je situ . Nanti aku call kwn aku tolong kau”
“Thank you babe” Farah rasa bersyukur sangat ada kawan macam Alisa. Sentiasa tolong dia dalam apa keadaan sekali pun.

“No problem . Nanti dia dah sampai kau call aku”

        Alisa segera telefon Amar iaitu kawan nya yang mempunya bengkel kereta.
“Hello Amar . Kawan aku kereta dia rosak kat area cheras . Boleh tolong tak?”
    Harap Amar sudi lah membantu.

“Eh demi kau boleh je .Nanti aku suruh budak aku datang sana” Amar memang macam itu. Apa sahaja yang Alisa nak akan cuba dia tunaikan . Mereka rapat dari kecil lagi.
“Thank you weh . Nanti aku bagi nombor kawan aku ni” Lega Alisa
“Alright”
     Setelah selesai ,Alisa segera ke pejabat . Dah pukul 8 ni , kejap lagi dia ada meeting. Entah sempat ke tak ni . Kalau tak sempat habis lah dia kena marah dengan boss. Dah lah meeting penting.

     Dalam pukul 8.45 dia sudah sampai di pejabat. Dah lambat ! Alisa memercepatkan langkah nya untuk masuk ke pejabat.  Sesudah sahaja masuk ke pintu pejabat , PA Encik Ahmad mendapatkan nya


“Cik Alisa .. Encik Ahmad dah tunggu kat dalam bilik mesyuarat dengan Encik Tan .Dari pukul 8.15 tadi diorang dah tunggu” Jelas dari air muka PA nya itu cemas.

“Alamak ! Habis lah saya . Jom cepat . Nanti lagi saya kena”  Apa lah nasib aku ini. Demi Farah , aku dah lambat tapi tak boleh salahkan dia . Aihhh .

‘Bilik Mesyuarat’  

Huhh ! Alisa ketuk pintu sebelum masuk ke dalam . Mereka berdua nampak  santai bergurau  tapi tak tau lah apa ada dalam hati boss nya itu.  Redha je lah.

“Haa Alisa ,lambat sangat awak hari ini?” Encik Ahmad sudah mula bertanya.

“ Hmm.. maaf Encik Ahmad dan Encik Tan . Tadi kereta kawan saya rosak.”

“Tak apa.. Tak apa . Lambat sikit je ni . Saya boleh tunggu ,asalkan awak selamat sampai” Encik Tan tersenyum melihat Alisa .

Baik benar Encik Tan ini . Lega tapi Encik Ahmad masih diam.

“Dah . Mari kita mula kan perbincangan kita” Encik Ahmad memberi arahan

Memandangkan Alisa sebagai ketua projek dan juga pegawai pemasaran  di syarikat ini ,dia amat diperlukan dalam mesyuarat itu .

    Selesai mesyuarat . Encik Ahmad ingin berjumpa dengan Alisa .

“Mati lah saya Fira” Alisa sudah ketakutan. Takut je dia kena maki dengan Encik Ahmad. Encik Ahmad ini kadang – kadang mood dia bukan betul pun.

“Cik Alisa relax je . InsyaAllah tak ada apa” Fira cuba menenangkan Alisa

    Alisa segera bertemu dengan Encik Ahmad .

“Haa Alisa . Awak ni nasib baik lah Encik Tan tu okay kalau tak habis  lah kita kehilangan projek ini” Encik Ahmad sudah mula berkata – kata . Dari nada nya tak kedengaran macam marah pun.

“Maafkan saya Encik . Tadi betul betul saya ada masalah . Bukan sengaja datang lambat”

“Hmm tak apa . Saya harap lepas ini ,awak pandai lah handle masalah itu . Jangan sampai melibatkan waktu kerja macam ini”

“Baiklah”

“Okay awak dah boleh keluar”

“Terima kasih Encik” Alisa terus keluar dari bilik majikan nya itu.


***
  “Umi nak keluar ini , Alisa nak ikut tak ?”
“ Tak kot . Kejap lagi , Alisa ada appointment dengan client” 

“Kalau macam itu , Umi dah masak nanti sebelum keluar makan lah.

“Umi nak pergi mana ni?”
“Umi nak pergi kenduri dengan Abah. Adik –adik semua ikut” Hari minggu perkara biasa untuk Umi dan Abah pergi ke kenduri .

 “Kalau macam itu , Umi pergi dulu . Kunci pintu semua” Arah Umi

“Tak nak ikut ke ?” Tanya Abah

“Tak lah abah .Kejap lagi Alisa nak keluar ,ada appointment dengan client.”

“Hati – hati . Kitaorang pergi dulu”

“Okay . Take care”

   Sesudah kunci pintu ,Alisa pergi ke dapur untuk makan tengah hari. Lepas tu dia segera naik ke atas untuk mandi dan solat. Dalam pukul 2 dia kena bertolak. Client nak jumpa pukul 3.

Dalam dia tengah siap tiba- tiba telefon bimbit nya berbunyi


 “Hello Farah . Ada apa ni?”

“ Alisa ,jom teman aku”

“Pergi mana pulak?”

“Teman aku pergi cari barang . Esok aku ada event office aku tu”

“ Sorry babe . Aku tak boleh teman. Aku ada kerja kejap lagi” Harap Farah faham lah. Bukan apa, dia kenal sangat dengan perangai kuat merajuk Farah itu.

“Alaa kau ni . Hari sabtu kerja apa nya. Macam ini lah kawan tak nak tolong. Hari tu kau dah janji kan kau nak teman aku” Farah sedikit sentap apabila kawan baik nya tak nak teman .

“Weh .. Aku ada appointment dengan client. Bukan aku saja tak nak teman kau”

“ Kau ni Alisa dah banyak kali janji nak teman aku lepas tu tak jadi . Kali ni pun aku ajak ,kau still tak jadi . Dah banyak kali Alisa kau buat macam ini”

“Apa ni weh .. AKu bukan sengaja tak nak teman”

“Tak apa lah . Kalau tak nak tolong.  Bye”

“Weh jap” Tak sempat nak kata apa , telefon dah di letak.

       Ah sudah ! Farah ini tak kan tak faham yang dia busy . Bukan tak nak tolong . Farah selalu merajuk macam ini . Padahal benda kecil je pun tapi sentap macam apa je. Di sebab kan sayang kan persahabatan mereka , Alisa bertahan dengan Farah.

        Sebenarnya sudah banyak kali Farah macam ini. Pernah sekali dia merajuk teruk sampai 2 minggu baru okay. Dan banyak kali juga Alisa terasa dengan sikap Farah tapi Farah tak pernah peduli pun.

“Nanti okay lah tu kot”  Alisa cepat- cepat siap dan turun ke bawah .
     Setelah bertemu dengan client , Alisa pergi ke rumah Farah . Jam sudah menunjukan 6 petang. Dia mesti ada kat rumah ini. Sampai sahaja di rumah Farah

  “ Assalamualaikum Farah ..” sudah dua kali dia beri salam . Tak lama itu , Mama Farah keluar
“ Haa Alisa . Lama aunty tak nampak kamu”

“Heheh tu lah . Alisa dah lama tak datang sini”

“Cari Farah ke ni? Dia ada kat atas tu”

“A’ah . Aunty tolong panggilkan dia boleh?”  pinta Alisa

“Boleh . kejap yaa”

  Alisa duduk di taman rumah Farah . Cantik dan menenangkan. Tak lama kemudian..

“Farah tengah tidur lah. Kenapa tak call dulu tadi?”

“Hmm saya dah call tapi tak angkat. Tak apa lah aunty. Saya balik dulu” Alisa dapat rasakan yang Farah macam sengaja tak nak jumpa dia.


***

     Sudah hampir sebulan Farah tak hubungi dia. Tiap kali Alisa datang ke rumah pasti Farah tiada. Benda boleh selesai tapi kalau dah macam ini.. hmmm Alisa sebenarnya malas nak melayan kerenah budak budak Farah ini. Dia dah banyak kali sangat terasa dengan perangai Farah . Bukan sekali dua.

       Disebabkan benda kecil , persahabatan kitaorang jadi macam ini. Aih. Farah memang tak pernah hargai dengan apa yang dia buat sebelum ini. Padahal dah banyak sangat dia berkorban untuk kawan baik nya itu . Selalu Farah akan merajuk sekejap ini dah lama sangat .

   Alisa keluar ke kedai makan kegemaran  nya bersama Amirul . Nasib baik lah dia ada Amirul yang sentiasa menemani nya selain Farah.

 “ Weh kau macam mana dengan Farah?” Amirul menanyakan perihal masalah yang d hadapi kawannya itu.

“ Haa macam mana apa?”

“Yelah . hari tu kan korang macam ada salah faham sikit”

“Entah lah weh . Aku dah minta maaf tapi dia still layan aku macam ini. Dia lupa agak nya yang aku ni kawan baik dia !” Alisa sedikit kesal dengan perangai Farah.

“Hmm tak apa . Aku yakin korang dua mesti okay balik” Amirul cuba menenangkan Alisa.

     Dalam mereka tengah berborak tiba- tiba Amirul nampak seseorang yang dikenali….

“Weh kau tengok tu” Amirul tunjuk apa yang dia lihat

“ Eh Farah ! dia dengan fiza . Kau tunggu jap” Alisa segera ke meja Farah da Fiza

“Farah …. Dah lama sangat kita tak jumpa”

Farah pandang dengan pandangan tajam . Seolah –olah masih ada yang tak puas hati.

“Kau ni dah kenapa Alisa ! Kau tak faham ke yang aku dah tak nak kawan dengan kau. Kau ni kawan yang tak guna . Tak layak pun jadi kawan aku”

   Pedih gilaaa rasa nya kawan baik sendiri cakap macam itu. Serius sakit. Apa jenis kawan Farah ini. Tak sempat Alisa nak balas apa-apa Farah dan Fiza sudah pergi.


  Alisa tak tau nak nangis ke nak gelak bila kena macam ini. Kawan baik boleh layan macam ini. Padahal masa susah ,dia yang di cari tapi di sebabkan benda kecil terus di benci !  Tak logik langsung.

     Biarlah . Dia tak kisah kalau ada yang buang dia macam ini. Dah biasa . Dia masih ada kawan yang sentiasa teman dia iaitu Amirul . Dia akan hargai apa yang sentiasa ada untuk dia tapi yang tak hargai biarlah.


By : Amelia

No comments:

Post a Comment